Di usia aku 8tahun kami sekeluarga berpindah ke Gerik kerana tugas arwah ayah diarahkan pindah ke kem 303 temenggor..
Kami menyewa di Kampung Ulu Kenderong dan aku bersekolah di SRK Mahkota Sari.
Disini bermula segalanya. .
Pergi sekolah kayuh basikal. .berseorangan kekadang sahaja ada peneman jiran rumah tepi sungai.
Melalui jalan kampung pintas hutan serta menaiki jambatan utk ke sekolah.
Tengahari rembang jam 12.30 selewatnya aku mengayuh basikal. .tiada perasaan takut seolah diteman. .
Kekadang aku bercakap seorang. .mak kekadang tanya hang sembang dengan sapa. .aku kata 'kawan'..
Balik petang dari sekolah jalan yang sama dlm 6.30. .kampung. .lalu hutan masa tu dah gelap terasa. .
Aku selalu ke sungai belakang rumah utk mandi atau buang air besar. .sbb takut dalam bilik air rumah ada labah2 besar bawak telor. .aku sanggup tahan nak memerut jika malam terasa. .
Bila timbulnya siang hilangnya malam terus turun ke sungai sendirian jika abang taknak teman..
Di denai utk ke sungai terdapat rumah kayu tinggal seperti dangau. .dibelah kanannya belakang rumah arwah AYAH HAJI. .karomahnya beliau pencuri masuk rumah takleh keluar..
Lazimnya, aku pilih denai sebelah kiri. .disitu ada pokok nona.
Bila aku lalu disitu seperti disapa. .namun aku teruskan perjalanan menuju ke sungai. .
Sungai itu juga hampir meragut nyawaku selepas hujan renyai dek kerna kepala air menerkam tiba..Kayu balak pun ada melintas lalu di depan mata. .
■■■
Suatu hari Gerik dilanda wabak TAUN. .aku dan abangku antara mangsanya. .yelah manakan tidak. .sungai itu tempat bermain kami. .terjun tiruk dari pokok kelempung. .minum air sungai semua itu rutin kami. .
Allah duga pula selain wabak TAUN kami juga disahkan menghidap Malaria. .kali ini bertiga. .adik bawah aku Ieman Zahra juga bersama diwad hospital gerik.
Menurut mak,Aku paling teruk didakwa malaria yang boleh membawa maut..kuman menyerang otak.
Saat ini setiap hari darah diambil. .sehingga pada saat aku di masukkan ke hospital darah ingin diambil sister tetapi jarum patah. .
Cerita mak lagi. .
7 jarum semuanya patah. .tidak dapat menembusi kulit ku. .mata asyik memandang siling..maka saat ini khidmat arwah AYAH HAJI diperlukan. .
Datangnya beliau. .membantu menyembur wajah dan seluruh tubuhku dengan air sireh dari ludahnya. .habis cadar hospital. .tapi mujurlah sister disitu fahami misteri yang perlu dirungkai. .
Dengan IzinNya. .jarum terakhir disimpan utkku berjaya menembusi kulit. .
Kata arwah. .aku berteman. .berkawan..
■■■
Sejujurnya. .
Aku sendiri tak tahu selepas itu kemana perginya 'kawan'aku. .cuma aku terasa sunyi. .berbulan selepas kejadian itu aku ditahan diwad. .
Rutin siang aku adalah bermain batu seremban ditepi tangga. .kekadang sendirian kekadang bersama kawan yang silih berganti keluar masuk wad. Hanya aku penghuni setia ward hospital Gerik itu.
Katil aku betul2 dihadapan bilik air..hidup di wad biasalah macam2 orang bercerita. .padahal aku kanak2 paling lama diwad itu. Setiap hari ambik darah..penuh 3tabung picagari tuh. .aku dah lali dengan jarum. .
Darah aku ada masalah. .aku pun taktahu apa masalahnya. .tapi pernah mak ckp darah aku masa ambik ok sampai makmal cair. .
Ape2 ajerlah..tapi tangan aku dah penuh kesan suntikan di lengan. .arwah ayah aku masih ingat lagi setiap kali datang dalam tugas berceloreng datang melawatku..
■■■
Malam di wad. .
Bila misi suruh tido utk tutup lampu aku akan naik katil kemudian misi naikkan penghadang utk keselamatan..tido pasang kelambu..tapi aku tak betah utk tido..
Aku akan turun katil dan berjalan di dalam wad. .
■■■
Di Gerik rakan seusiaku tiada selepas pulang dari sekolah. .aku sentiasa mengikut abgku kemana dia pergi dan berkawan dengan rakan2nya. .terjun sungai. .main combat guna senapang peluru biji getah atau buah ape ntah bulat kaler hijo....pergh bila kena meleding badan. .menggagau ikan kat lubuk. .
Beberapa kali kami jumpa bubu ikan. .tapi dah dipesan ayah jiran depan rumah kami jangan kacau apa2 atau tegur kalu nmpk benda bukan hak kita. .
Menelusuri sungai jika cuti sekolah dari pagi membawa ke senja..berpagian kerna kami basuh baju di sungai. .setelah siap membasuh terus sidai dipagar kebun orgbberdekatan. .dawai kawat pun hayun sidai asal kering. .
Berkejaran mudik ke hilir bila semasa membilas kain terlepas dibawa air..seronok hidup dikampung. .nikmatnya hanya tuhan yang tahu. .
Banyak main dari membasuh. .lawan siapa paling jauh baling batu sungai serta berapa kali lantunan berkisar..kemudian panjat pokok kelempong paling tinggi dahan utk terjun kawasan lubuk dalam..
Semua itu tinggal kenangan. .pernah aku jatuh pokok tingginya tingkat 3 bangunan. .tapi alhamdulillah mujurlah sungai itu dalam. .
Tingginya aku panjat sbb nak lihat seberang sungai mereka kata ada org rambut panjang sedang makan ayam tapi hanya nampk belakang
Nah! Aku perasaan ingin tahu aku pun membuak nak tahu. .panjat dan nasib aku baik dapat melihat terus ke dalam matanya..terus jatuh pokok. .balik demam tak kebah terkejut. .
Mak aku ceritalah ni..AYAH HAJI kata tertegur..buas lagi takdan dengan betina!
Mujur semangat aku kuat utk hidup...hidup jugaklah dah belum ajalkan? Hehe. .
Aku tak tahu apa berlaku semasa deman meracau tak tentu tu. .itupun mak cerita. .sbb tu aku dianggap beban. .liatnya nyawa mcm2 dah jadi kat aku tapi tetap hidup juga. .
Aku cuma ingat. .sebelum jatuh pokok aku seperti lapang dijatuhkan. .sedangkan dahan pokok berselirat berbatang2 dibawah menanti setiap detik jatuhnya aku. .malaikat sentiasa ada. .
'Kawan' aku kata nak balik gtau bonda tentang aku yang jatuh pokok. .nnt dia lawat aku semula. .
Saat itu aku mampu timbul dari air setelah jatuh dari pokok tingginya 3tingkat bangunan..
Kawan2 abangku melihat seolah aku sudah tidak bernyawa..
Sakit tak wei?Tanya mereka..
Dak sangat..tapi kami sakit kepala la..
Terus terasa gelap dunia..
■■■
'Jangan selalu sangat mu main dengan dema tu ema'..
Tiba2 satu suara menengurku dari bawah rumah di tengah kawasan lapang laluan menuju ke sungai..
Aku lihat Ayah Haji berdiri di situ..aku lihat sekilas..tidak menjawab apa2 terus berlari pulang ke rumah utk bersiap ke sekolah petang.
Tadi sebelum aku pulang dari sungai,aku singgah sekejap rumah kak Ti bertanyakan harini boleh tak pegi sekolah sekali?
Kak Ti tingkatan 1,dia selalu pegi awal jadi selalunya aku tak sempat nak bersama2nya mengayuh kecuali hari jumaat..
Harini jumaat maka, bolehlah aku berkayuh bersamanya. Untuk menuju ke rumahnya aku perlu melalui pokok nona dan kawasan lapang menuju ke sungai itu..
'Ingat ema jangan mu selalu sangat main dengan dema tu'..sekali lagi aku diingatkan pesanan itu..aku tidak menoleh lagi..terus mengangkat basikal ku dari tersekat di semak dan memanggil kak Ti.
Kak Ti laju dihadapan meninggalkan ku berkayuh..begitulah selalunya..tapi asalkan berteman sudah cukup setelah melepasi rumah Cik Mah gila aku dah lega..
Sebenarnya,hidup aku setiap hari runsing utk ke sekolah kerna takut Cik Mah mengamuk..tapi peliknya setiap kali aku lalu jika 'dayang' dan 'hambali' yang menemani aku Cik Mah pasti tidak kejar aku berkayuhan..
Cik Mah akan lari masuk ke rumah atau menyorok di dalam parit..lega hati..jika tak kerana dayang dan hambali aku mungkin tidak kesekolah dan mak aku akan pasti meroyan tak tentu hala.
Mak aku garang tahap maksima. Getah paip snek lazat hiburan biasa hinggap ditubuhku jika ada yang tak berkenan di hati dan matanya..
Mujur aku ada hambali dan dayang selalu menjadi peneman. Kekadang hambali jadi perisai tapi mak aku anggap pukul aku tp aku tak sakit. Menangis sahaja umpama sakit terseksa jika tidak bertambah sebatan diterima..
■■■■
Kini..
Kawan pokok nona hadir setelah 10tahun tidak bersua
Hadir dicelah2 saat si perempuan rakus memberi harapan
Tanpa janji hambali kembali
Dayang menjelmakan diri
Bagaimana bila hambali itu menyatakan mereka adalah sahabat sejak kecil?
Mengingatkan si perempuan bahawa hadirnya kerna melihat matlamat tidak menjanji kebahagiaan?Hambali hadir sebagai adik kepada Malik
Malik?Siapa Malik?