Monday, 14 July 2014

'Kasut, saya kutip dibelakang rumah'

As salam..sebelum sy melangkah lebih jauh..izinkan sy memperkenalkan diri sy
Sy anak sulung dr 7 adik beradik..kehidupan kami sekeluarga bukan senang..bukan sederhana tetapi susah..

Ketika kegawatan ekonomi..ABAH di berhentikan dr berkhidmat dgn MAS dan bermulalah kisah kami sekeluarga.Pakcik dan Makcik tidak pernah menghiraukan kami dr dulu sampai skrg

Kami makan apa yg ada..tidak pernah meminta-minta.Disaat sahabat lain berlauk ayam..kami bersyukur dgn ubi rebus.Disaat  mereka menikmati KFC..kami bersyukur blauk nasi putih di gaul air masak.

KFC??sy tak tahu ada ayam sedap..sebab tidak pernah makan walau ketika itu sudah berusia 12thn

1997 dari paya jaras kami berpindah ke kuaters elmina kerana Abah diterima berkerja sebagai polis bantuan di situ.ketika itu gaji pokok Rm500-Rm600.Masih tidak cukup utk menampung persekolahan sy serta 3 orang adik yg bersekolah ketika itu.Abah tidak benarkan sy memasuki tingkatan 1.

Menangis sambil di pujuk Emak.Dua minggu lagi ke tahun 1998.Nekad ingin bersekolah! senekad itulah saya berkerja mengambil upah buang racun tikus di pokok kelapa sawit yg bergaji sehari Rm8.Alhamdulillah cukup 11 hari bekerja dapat Rm88 lepas beli beg, baju sekolah dan alat tulis.

Eh? kasut?? Kasut saya kutip di belakang rumah.Sebab? Jiran saya buang kerana sudah ada kasut baru.Saya kutip,saya basuh,dan saya kapur.

Di sekolah, saya menerima bantuan makan dan tambang bas.Emak pula bekerja di rumah orang.Setiap minggu saya akan ikut emak dan emak akan bg Rm10.Besar nilainya Rm10 ketika itu.

Begitulah rutin kami anak beranak.Tiba masa hujung tahun, cuti sekolah yg ada saya akan bekerja di kilang berselang tahun sehingga menduduki SPM.

Namun, cita-cita ingin menjadi anggota polis terpaksa di LUPUS kan.Adik-adik menjadi keutamaan.

Kenapa sy perlu khidmat puan dlm mementor sy dlm urusan bisness? ?
*jawapan hanya satu iaitu mengubah taraf hidup sy

Kehidupan saya ketika di usia 18thn pada thn 2001 bekerja kilang yg gaji pokok Rm450.Ingin menyambung pelajaran tetapi tidak sampai hati melihat emak masih masih bekerja sbgi "orang gaji".Adik-adik pula 4 orang bersekolah.Saya tidak mahu emak berkerja lagi.Semua perbelanjaan saya tanggung.Sehinggalah satu hari di khabarkan KILANG KELAPA SAWIT ELMINA terpaksa ditutup atas sebab pencemaran asap hitam.Abah serta kakitangan lain di berhentikan dan berpindah.

Saya sekeluarga menyewa di lorong 1, Kg.Merbau Sempak.Ketika itu saya bekerja sebagai Kerani, gaji saya ketika itu Rm900.Adik-adik ada yg berhenti sekolah.Bekerja kilang utk membantu keluarga.Sungguh daif keluarga kami.Alhamdulillah..kesederhanaan kami rasakan.Hampir 5 tahun menyewa di situ..sudah masak dengan mulut orang kampung.Namun ia tidak berpanjangan, kami di usir keluar dari rumah sewa itu di sebabkan mulut orang kampung.

Dari rumah 4bilik, kami berpindah di bawah 'kolong' rumah kenalan emak.Tetapi mereka juga bertopeng manusia.Kami pekak kan telinga, butakan mata sampai satu masa saya bergaduh dengan anak tuan rumah.Allah!! busuk nya hati mereka, mereka catu air.2 hari bermandi di petronas.Abah nekad utk kembali duduk di paya jaras.Namun rumah itu sudah banyak rosak.Sedikit demi sedikit duit kwsp abah yg ada di keluarkan utk perbaiki rumah itu.Sehingga abah di sahkan sakit jantung pd tgh thn 2012.

Hari demi hari..memasuki thn 2013.

13 Jan 2013 sekali lg abah di serang sakit dada..Keadaan abah normal tetapi sampai di hospital..entah apa yg di buat sehingga abah tak sedarkan diri..abah di pindahkan ke ICU..dugaan demi dugaan datang..dari ICU di pindahkan ke wad lain dan selang dua minggu di hantar ke IJN..abah dah susut, abah lemah!! abah tak kuat! Injap jantung abah tersumbat

Ulang alik saya dr sg.buloh ke IJN utk melawat abah.Hampir 2 bulan abah di IJN, akhir nya Abah boleh keluar dan balik rumah.Namun,29/3/13 Abah jatuh dan cirit birit hantar ke hospital sg.buloh tetapi doc cakap abah suspek TIBI..apa yg saya cakap doctor tidak hiraukan sehingga 1/4/13 terima panggilan abah telah 'pergi'.

Ayat doctor yg sentiasa di kepala "saya biarkan ayah awak" dan berlalu pergi setelah bertekak dengan saya

Ujian dan dugaan yg berat kami terima adalah melihat rumah kami sekeluarga yg arwah abah repair itu di runtuhkan oleh abang sebapa kami sendiri.kata mereka sejak dari arwah berpisah dengan emak mereka, arwah jarang beri nafkah kepada mereka.

Tanah sekangkang kera menjadi rebutan.Kami yg tidak punya apa-2 terbiar terkontang kanteng.Tuan rumah pula tidak mahu lagi kami tinggal di situ kerana arwah dah tiada..jadi tiada belas kasihan utk kami.

Emak hanya mampu berdiam diri sehingga lah di sebabkan mulut jiran-jiran yang busuk hati dengan keluarga saya.Mereka ibarat menabur pasir di dalam periuk nasi kami.

"Eh! ko jangan lah hantar anak ko dekat mah tu, nanti dia bagi anak ko mandi dengan air kolam ikan keli"

Sampai lah suatu hari, emak pulang ke kampung meninggalkan kami adik beradik.Di usia emak 50 tahun emak bekerja sebagai sekuriti sekolah di sana.
Ketika itu, saya lah ibu, saya juga lah bapa kepada mereka.

Melihat kesusahan yang saya alamai,TUNANG saya diam menyepi meninggalkan saya.Allah..runtuh jiwa ini.Tiada kepercayaan lagi terhadap lelaki ketika itu.Saya tersungkur tiada arah tuju.

Bulan berganti bulan, tiba lah bulan Ramadhan .Adik-adik menanya baju raya.Saya hanya mampu menangis di sebalik kegembiraan mereka ingin menyambut raya.

Suatu pagi, saya mendengar ERA.fm yang di keudarakan oleh Aznil Hj.Nawawi dalam slot MERISIK KHABAR.Alhamdulillah saya terpilih menerima bantuan raya sebanyak Rm1500 di tambah pula wang kiriman Emak, dapat lah adik-adik beraya dan dapatlah kami membeli tiket bus untuk pulang ke kampung.

16/6/13 saya di ijab kabul dengan seorang lelaki yg IKHLAS menerima saya seadanya.Dari situ, kesederhanaan dalam hidup mula terasa.

August, suatu hari ketika saya menengok wall Facebook, saya ternampak pages Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino.saya tengok, saya like."Minum untuk sihat susut itu bonus? ?Ehh..nanti dulu lah, tunggu gaji"
Saya cari agent yang berdekatan.Puan CT Jijah  area selayang.

November 2013, sekali lagi saya melihat pages Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino yang ketika itu sedang upload tentang "HAMIL".Saya teruja dan mencari lagi agent yang berdekatan.

PUAN Aimi Nadiah - kepong,mesej berbalas mesej dan maybank kepong menjadi saksi pertemuan kami.Ibarat pepatah, kecil sungguh dunia ini kerana Puan Aimi Nadiah sekampung semasa di PAYA JARAS dahulu.

Permulaan 1Box HKcc.Nak jimat, saya hanya bancuh 1paket sehari.Alhamdulillah, period yang tidak teratur kembali normal.Tumit kaki kurang merekah.Suami rasa kelainan ketika bersama.Saya seakan jatuh cinta dengan aroma kopicino nya.Pembelian seterusnya 2Box..Dan sehingga lah saya sign up sebagai mini agent pada 7 march 2014.

Kebaikan demi kebaikan HKcc terbongkar.Dengan testimonial yang hidup saya berpuas hati kerana dapat membantu mereka yang benar-benar ingin IKHTIAR.

Alhamdulillah, ketika itu untung saya tidak seberapa.
Syukur, atas nasihat Puan Aimi Nadiah.Agar mengurus kewangan dengan betul.Selang 2 kali reload, saya menjadi Agent.

Untung?? bersyukur dengan hasil jualan kopi saya dapat mbantu adik saya mendirikan rumah tangga.Puan Aimi Nadiah memahami situasi saya ketika itu.

Kini, dengan Rm10 yang saya terima dapat meringankan beban saya serta suami.Dengan Rm10 saya dapat mengembirakan adik-adik.Dengan Rm10 ada saja lauk untuk di makan.Moga dengan Rm10 dapat di ganda 10 x 10 x 10

Apabila melihat kejayaan sahabat di dalam Team,membuatkan perasaan saya melonjak!!

"Ye! ! InshaaAllah aq pasti boleh!"

No comments:

Post a Comment