Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar ialah peribadi agung yang harum mekar namanya sepanjang zaman..
Tokoh ini dikagumi dan dihormati oleh manusia samada lelaki mahupun wanita kerana peranan, jasa , ilmu serta keistimewaan yang wujud di dalam dirinya.
Perlu diingat..
Jasa dan sumbangannya dalam ilmu dan dakwah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita dan para isteri Rasullulah S. A.W yang lain.
Sayidatina Aishah dikenali sebagai wanita yang mempunyai keilmuan yang tinggi dalam bidang FIQAH, FARAID, TAFSIR dan Hadis.
Keilmuan yang tinggi dijadikan sebagai bekalan dakwah yang menjadi pedoman dan panduan manusia.
Mengapa tidak kalian seorang isteri yang sedang diuji akan SOAL ZURIAT cacat takdir ilahi belum diisi benih sang suami membina semangat dan motivasi di dalam diri agar mencontohi serikandi Islam yang tersohor ini?
Fikir secara rasional dugaan yang ALLAH berikan kepada serikandi islam ini bukan calang2..
Dirinya adalah anak DARA, MUDA juga SENTIASA disamping Rasullulah S.A.W..tetapi tiada ZURIAT kurnia buatnya?
Wahai isteri solehah yang membaca coretan ini..jangan pernah berasa RENDAH DIRI..akan dugaan yang Allah titipkan pada kalian..kerna banyak KELEBIHAN yang boleh akan kembangkan POTENSI NILAINYA di mata zauj kalian..
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment