Monday 2 February 2015

Apam polkadot SKBP

Apam polkadot SKBP  :

Bahan-bahan :
● 3 biji telur (gred A)
● 220 g gula castor (anggaran 1 cawan)
● 1 sudu kecil esen vanilla
● 1 sudu kecil ovalette
● 250 g tepung gandum
● 3 sudu kecil baking powder
● 150 ml @ 1 sachet SKBP (anggaran 3/4 cawan)
● Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing (pewarna merah,pewarna
● Beberapa keping mangkuk kertas

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama diselang-selikan dengan SKBP.
3. Selepas itu,masukkan ovallete dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkus kertas.
7. Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota :
¤ Gunakan api yang sederhana sahaja ketika mengukus untuk mengelakkan apam jadi merekah atau mekar apabila api terlalu besar
¤ Antara rahsia apam pokaldot gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati.
¤ Digalakkan untuk balut tudung periuk dengan kertas foil atau kain bersih untuk mengelakkan wap air kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik

Pn Sidah Omar

No comments:

Post a Comment