Thursday 10 July 2014

Fenomena FROZEN vs Slogan Pos LAJU

Polisi kami utk penghantaran product adalah 3 [TIGA] hari bekerja walaupun menggunakan perkhidmatan POS LAJU dengan slogan 'DIJAMIN SAMPAI ESOK'.

Anda membuat pembayaran sebelum jam 12malam pada hari yang sama maka akan di poskan esok hari. Lusa Insyaallah sampai.

Mungkin kami perlu menukar polisi 3[TIGA] hari bekerja kepada 7[tujuh] hari bekerja asbab kelewatan drpd pihak POS LAJU walaupun SOP kami masih sama.

Baju FROZEN aku beli sejak isnin dipos oleh pn Nur Nazihah..sampai lani tak terima lagi. .

#Balok Perdana kategory pendalaman ker? Hurmmm. .

Maafkan kami sekiranya ada dikalangan pembeli product kami mengalami masalah yang sama..

POS LAJU semakin mendapat tempat dihati pengguna walaupun org duk caci maki. .Buktinya?

Jika dengan caci maki kelewatan serta pelbagai lagi aduan dr pengguna perkhidmatan mereka MENGURANGKAN kegunaan perkhidmatan mereka. .mengapa masih ada yang yakin dgn khidmat mereka sehingga berlaku kesesakkan di PPL?

Aku masih guna POS LAJU sbb aku anggap akan berkurang org yang guna perkhidmatan ini maka penghantaran drpd pihak aku akan lebih LAJU:)..tapi makin ramai yang guna:)

Apa sbnrnya yang aku nak disampaikan?
Owh. .aku nk gtau. .buatlah camna pun. .korang. makilah bercupak bergantang pun. .Pos LAJU tetap utuh memberi khidmat..

So? So. .kurangkan makian. .jika tak puas hati terus buat aduan online kat POS LAJU. .cth ayat aduan?

'Wahai POS LAJU. .tukarlah slogan'DIJAMIN SAMPAI ESOK sbb Baju FROZEN saya dah DEFROST. .5[lima] hari dah ni tunggu. .acaner?Tak FROZEN la nanti..'

Sekian, macih

Yang Benar,
Ibu yang beli baju FROZEN utk anaknye.

No comments:

Post a Comment