Saturday 9 August 2014

Apa makna hidup ini? ?

Apa sbb aku diberi nyawa?

Raya baru2 ni sewaktu bertemu keluarga di kampung kami bicara tentang sumbangan seumur hidup kami pada masyarat. .

'Apa sbb Allah masih bagi nyawa pada kita sedangkan dah banyak kali kita patut mati?'

Aku soal adik aku Ieman Zahra sambil aku memeluk anak menakan bauan syurga yang ku panggil Bunga.

Pakat2 terdiam..

Mak, pakcik,adik bongsu aku juga berada di ruang tamu kecil itu. .

Pandangan semua secara automatic terarah kepada tok aku yang sedang baring di tilam di pintu masuk rumah di tepi tingkap. .

Mengapa kami terpandang tubuh tua itu?
Jika dilihat rekod kesihatannya keluar masuk hospital. .sudah 3x sepanjang hidup dia hidup di temani pakcik aku yang masih 'bujang terlajak' dia disahkan oleh doktor bahawa 50-50 sahaja peluangnya. .tapi Izin Allah itu nyawanya masih panjang..

■■■■

Apa yang aku bangga dengan ikatan kekeluargaan kami samada sepupu, mak saudara,menantu,kakak, pakcik dan hierarchy seterusnya adalah bila bertemu kami tidak pernah mengata sesama sendiri tentang org yang tiada bersama tika itu. .jika ada yang mahu membuka mulut merungut. .pasti pakcik aku akan berkata. .
'Takyah kata org, perangei umo pong tak molek mana'..

Kitaran sembang kami saudara mara lazimnya tentang hidup, mengimbau saat dulu, dialog dari filem, bertanya susur galur keluarga, berlawak sesama sendiri. .jika nak mengata pun depan2 kritik walaupun dlm gurauan..berlawan ckp ketika itu kemudian habis di situ. .

Alhamdulillah masing2 boleh menerima kritikan. .belum sampai memutuskan persaudaraan apabila dikritik.:)

Aku seorang yang mendengar. .senyum dan memerhati. .ambil ikhtibar dari apa terjadi. .

Kenapa personalitiku begitu?
Aku tahu jika seseorang itu boleh mengata tentang org lain yang merupakan saudara seurat sedarah. .sedangkan aku org luar. .entah berapa cupak dan gantang tentang aku diperbualkan:)
■■■■

Owh. .kenapa aku diberi nyawa sedangkan sudah beberapa kali maut menjemput?

■■■■

'Sayangnya BERENTI kerja, RUGI belajar tinggi2'..

Allah!

Aku ingatkan setelah 4[empat] tahun berlalu aku TIDAK MAKAN GAJI BULANAN orang sudah lupa tentang aku. .rupanya aku silap:)

Raya ke7 aku beraya di rumah jiran keluargaku di Ipoh..itu kata2 setelah bersalam dan ditanya terus padaku..

'Buat apa sekarang?Kerja jual kopi tu je ker?

'Ha'ah Cik peah'(bukan nama sebenar)
Ringkas jawapanku mengikut skema soalan.

Terus jawapan di atas ku terima. Aku seperti biasa sengeh jer😊..
■■■■■
' Apa makna hidup ini..
Aku menerawang jauh menilai kembali makna hidup aku selama ini. .

Aku bukan pemikir orangnya. .hidup aku redah sahaja...asal masih dilandasan agama.

Di usia 29 tahun baru aku benar2 tahu mengapa nyawa aku di panjangkan Allah walaupun berkali maut menanti..

Dengan IzinNya diusia 29tahun itu beberapa kali aku membantu ibu yang berjihad melahirkan mujaheed/mujaheedah daripada seksa menanggung bentan berpantang.

Pernah aku mengongoi menangis tatkala pulang. .bila mana si ibu berulang kali mengucap terima kasih atas perkhidmatan..Allah nikmat apakah lagi yang kau hijabkan dari ku??

Ada yang gembira hamil setelah bertahun menanti zuriat bertahun lamanya setelah menerima urutan. .Aku hanya mampu berkata. .

'Allah punya kerja, bukan saya'

Kini,284 [dua ratus lapan puluh empat] insan diberi rezeki merasai nikmat sempurnanya wanita bergelar isteri bilamana tembuninya mekar benih suami asbab berikhtiar Dengan kehendakNya melalui medium perantara HKcc Team. .Allahuakbar! !

Aku terdetik. .adakah aku diberi nyawa selama ini utk aku menjadi perantara bagi nyawa yang lain? Mengimarahkan agamaMu Ya Allah?

Aku ketat dada. .Allah!

No comments:

Post a Comment