Thursday, 26 June 2014

Kawal emosi

Khas buat anda yang bijaksanasini meluahkan emosi:)

Iqra'!!

Saya bekerja dengan mereka , bekerja secara "percuma" dengan ibu bapa anak anak CP , Spastic serta pelbagai yang lain . Ini baru nampak yang kecil orang dah persoal , "kenapa.. tak mampu sangat ke ? bla bla bla"

Saya pula selalu persoal , " aku boleh buat apa untuk bantu mereka ? aku ada kemahiran dalam bidang ini , yang memerlukan mereka membayar orang seperti aku minimum RM150/jam untuk satu rawatan"

Saya ? tak tergamak nak ambil sesen pun sebab saya pernah jumpa keluarga yang lebih dhoif , hal seperti ni biasa , mak @ ayah akan tinggalkan pasangannya kerana tidak tahan dengan tekanan ujian Allah beri tentang anak dia , ada yang kedua ibu bapa dump anak dia.

Duduklah dengan mereka , dengan pelbagai orang yang lain yang jauh kurang berkemampuan dari kita. Anak anak gelandangan , orang tua di buang keluarga, duduklah di tepi longkang , tengah tempat pembuangan sampah dengan mereka.

Bukan menangis lagi , tersedu saya selalu,

Duduklah dengan mereka walau sejam , rasa lah apa kedua ibu bapa mereka rasa walau sejam . Setiap kos yang mereka perlukan. Mungkin akan ada yang faham.

Berhenti persoalkan orang , dan persoalkan diri kita.

■■■■

Anda ingin menghulurkan bantuan? Owh bukan duit dipinta. .tetapi berdaftarlah sebagai sukarela menyelami isi hati penjaga serta menelusuri jiwa anak2 OKU ini. .

Ya, memang tidak LOGIC jika kita hadam berita di media massa..banyak BURUK dari BAIKnya. .maka belajarlah PSIKOLOGY. .selami diri sebelum berkongsi berita..
Aku sendiri ada sisi yang tidak logic tentang apa yang dilakukan oleh ibu si mangsa ini. .tapi jerit sahaja di dalam hati. .tidak perlu menjadi WIRA di alam maya berkongsi sanasini aib si ibu tadi.

Wallahu'alam. .

Owh ya, cerita diatas adalah komen terbuka daripada WAJAH HKCC Cik Puan Hajar Ardini..

HKcc spread♡Together

No comments:

Post a Comment