Friday 6 June 2014

Dia Syurgaku. .

Isteri..
Ia adalah satu rahmat
menyulam kasih bersama insan bernama Suami..
Isteri..
mendambakan seorang pekerja buruh membaiki organ bernama rusuk..
Rusuk bengkok,patah beliau simen sekaligus plasterkan..

Isteri..
Jaga maruah diri..
Payungi dan jaga harta suami..
Isteri adalah harta utama suami
Payungi dan lindungi semampunya..

Isteri..
Sentiasa disisi suami..
Biarpun khilafnya si suami..
Isteri cerminan pantulan..

Isteri..
Redho hidup si isteri atas redhonya sang suami..
Pintalan rindu hanya buat suami..
Anyaman cinta hanya buat suami..

Buat suami..ini nota buatmu..

Selepas Allah dan Rasul..ku pilihmu utk di taati..
Ku anyam rindu semalam buatmu..
Ku kapankan amarahku kelmarin..
Ku talkinkan lemah mu hari ini..
Ku dambakan ruang cintamu hari esok..
Ku ukirkan kata cintaku selamanya..

-dari seorang sahabat buat sahabat-hkcc..

*Dedikasi buat seorang sahabat bergelar ISTERI punya mujahid dan mujahidah yang perlu di lindungi sementara sang suami berkhidmat jauh dari cc mereka..terlalu banyak yang perlu di uruskannya sehingga beliau merasakan dirinya tidak mampu membahagiakan sang suami..namun atas semangat dan rasa "DIA SUAMI"ku..beliau bangkit dari rasa tidak enak itu..Alhamdulillah..kini mereka bahagia:)

No comments:

Post a Comment