Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

Rendang ayam Susu Kambing Bee Pollen

Ini resepi seri main campak2 je jumlah bahan2 dia. .ikut suka. .hehe

Bahan2 dia. .
•Lengkuas
•Haliah
•Serai
•Bwg merah
•Bwg putih
•Cili kering
•Ayam/daging
•SKBP - depand on saiz ayam digunakan
•gula/garam/air asam
•minyak utk menumis
•daun kunyit - dihiris halus

*bahan2 tu ikut suka nk banyak mana. . Bergantung juga kpd jumlah ayam/daging yg digunakan.
*boleh juga menggunakan ketam atau udang

Cara2
• goreng ayam separuh msk mcm biasa ltk kunyit garam. .klu x mo grg dulu pun blh. Dah siap ketepikan.
•blend smua bahan di atas kecuali bahan2 perasa (gula/garam/air asam), daun kunyit
• panaskan minyak - tumis bhn blenda smp naik bau/agak2 dah pecah minyak, masukan ayam, bahan perasa dan masak hingga kuah agak sedikit pekat. Klu x nk pekat pun x apa.
•last 5m sblm nk angkat/matikan api masukan sepeket SKBP (sepeket ni seri guna utk stgh ayam. So klu seekor ayam blh ltk 2 peket skbp atau ikut suka . . haha. .bancuh dulu skbp mcm kita guna santan, masukan daut kunyit . .kacau 2 3 minit. . dah siap.

Utk hiasan
• Lebihan daun kunyit dan tabur atas hidangan.

Monday, 2 February 2015

KEK KUKUS KOPISUSU

Kek KOPISUSU kukus

125g butter
100g gula halus
125 tepung gandum
3biji telur suhu bilik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh sodium bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanila
80ml susu segar suam
1sachet hkcc
1sachet skbp

Cara2
1) pukul butter dengan gula sampai kembang
2)masuk telur sebiji2 dan pukul lagi
3) masuk esen vanila dan pukul sebati
4)masukkan tepung gandum,sodium bikarb n serbuk penaik(ayak dahulu)
Kacau rata
5)campurkan hkcc+skbp dalam susu segar suam..kacau sebati dan masukkan dalam adunan. Kacau rata
6) masukkan kedalam loyang yg diletakkan baking paper/gris marjerin
7)kukus selama 1jam (panaskan pengukus dengan api sederhana dlu)
Kalau nak bakar pun boleh suhu 175°c dalam 45-55minit

By
Aziemah Aziz
0137771135

Kek Marble SKBP

Kek Marble SKBP :

Bahan A :
▪ 250 g butter
▪ 230 g gula castor
▪ 2 sudu kecil ovalette
▪ 1 sudu kecil esen vanilla
▪ 4 biji telur (gred A)

Bahan B :
▪ 50 g susu pekat
▪ 1/2 cawan @ 1 sachet SKBP

Bahan C :
▪ 250 g tepung gandum
▪ 1 sudu teh baking powder

Bahan D :
▪ Pewarna merah
▪ Pewarna hijau
#Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara :
1. Pukul butter,gula castor,ovalette dan esen vanilla terlebih dahulu sampai sebati. Kemudian masukkan telur dan pukul semula.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi. Kemudian pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan C  yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit ke dalam adunan
4. Pukul hingga nampak kembang dan gebu
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan titiskan pewarna merah dan pewarna hijau
6. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
7. Ambil satu senduk adunan berwarna merah dan letakkan di tengah-tengah loyang tadi
8. Ambil satu senduk adunan berwarna hijau pula dan tindihkan di atas adunan yang berwarna merah tadi di dalam loyang
9. Ulang langkah 7 & langkah 8 sehingga adunan habis
10. Ambil batang lidi sate dan lorekkan corak yang digemari
11. Tutup permukaan kek dengan kertas foil.Pastikan wap air tidak boleh masuk dalam adunan.
12. Kukus selama 50 minit dengan api sederhana (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu)

Pn Sidah Omar

Ikan Haruan gulai berempah Terengganu SKbp

Ikan haruan gulai berempah TRG + SKBP :

1 kg ikan haruan
2 sudu besar remph cap bunga Ros
2 sudu kecil rempah masak cap bunga Ros
2 schet SKBP ( jadikn 2 mug susu)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 senduk kecil cili boh
2 sudu besar kerisik
Rempah 4 sekawan (bunga lawan,bunga cengkih,kayu manis,buah pelaga)
1 keping asam kping
Seikat kecil daun kesom
Sehelai daun pandan,sedikit gula melaka, garam secukup rasa

Cara2 :
1. Siang dan bersihkan ikan haruan. Potong ikut suka.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk
3. Tumiskan rempah 4 sekawan
4. Masukkan bawang putih,bawang  merah,lengkuas,halia yg telah dikisar halus
5. Kacau sehingga naik bau
6. Masukkan cili boh dan kacau sehgga pcah minyak
7. Masukkan 2 jenis rempah yg dbncuh dgn sedikit air, brsama kerisik
7. Masukkan daun pandan yg dipotong 3, kacau rata2
8. Kalau trlalu kering, masukkan 1 cwn air
9. Masukkn pula ikan hruan, diikuti pula SKBP & gula melaka
10.Kacau perlahan2 & masukkan asam keping & daun kesom.
11. Suaikan rasa...blh diangkat

Pn Sidah Omar

Apam polkadot SKBP

Apam polkadot SKBP  :

Bahan-bahan :
● 3 biji telur (gred A)
● 220 g gula castor (anggaran 1 cawan)
● 1 sudu kecil esen vanilla
● 1 sudu kecil ovalette
● 250 g tepung gandum
● 3 sudu kecil baking powder
● 150 ml @ 1 sachet SKBP (anggaran 3/4 cawan)
● Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing (pewarna merah,pewarna
● Beberapa keping mangkuk kertas

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama diselang-selikan dengan SKBP.
3. Selepas itu,masukkan ovallete dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkus kertas.
7. Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota :
¤ Gunakan api yang sederhana sahaja ketika mengukus untuk mengelakkan apam jadi merekah atau mekar apabila api terlalu besar
¤ Antara rahsia apam pokaldot gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati.
¤ Digalakkan untuk balut tudung periuk dengan kertas foil atau kain bersih untuk mengelakkan wap air kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik

Pn Sidah Omar

KEK COKLAT KARAMEL SKBP

Kek coklat karamel  SKBP :

Bahan Karamel :
1. 2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang
2. Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur
3. Bahan A :
● 1 cawan @ 1 sachet SKBP
● 1 cawan susu pekat manis
● 1 sudu teh esen vanilla
● 3 biji kuning telur
● 2 biji telur (putih dan kuning)
4. Kacau perlahan bahan A dan pastikan jangan berbuih. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Kukus selama 15 minit.Jangan terlampau keras,nanti tak boleh sebati dengan kek coklat.

Bahan untuk kek coklat :
Bahan A :
● 1 cawan serbuk koko
● 1 cawan gula pasir + (1 cawan gula perang atau 1/2 cawan susu pekat)
● 1 cawan @ 1 sachet SKBP
● 1 cawan minyak masak

Bahan B :
● 1 1/2 cawan tepung gandum
● 1 sudu teh soda bikarbonat
● 1 sudu teh baking powder
● 1 sudu teh esen vanilla
● 3 biji telur (A)

Cara-cara :
1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Kemudian sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahan A tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.(seelok-eloknya tepung,soda bikarbonat & baking powder diayak bersama terlebih dahulu.) Kacau sebati selama 5 minit +++.
5. Masukkan adunan dalam loyang yang berisi karamel tadi dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Pastikan wap air tidak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana. (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

Puan Sidah Omar
01117934898

Ketam masak lemak cili api

Ketam masak lemak + SKBP :

1 kg ketam sederhana besar
5 ulas bwg merah
1 ulas bwh putih
Sedikit halia dan kunyit hidup
Beberapa biji cili padi dan lada merah
2 sachet SKBP (jdikan 2 mug susu)
1 asam keping
1 batang serai
Beberapa helai daun kadok
Garam dan gula mengikut kesesuaian rasa

Cara2 :
1. Panaskan susu d dlm periuk
2. Masukkan bwg merh,bwg putih,halia,kunyit hidup,cili padi dan lada merah yg diblender bersama ke dlm periuk
3. Masukkan serai,asam keping
4. Setelah menggelegak,masukkan ketam. Biarkan sehingga mendidih
5. Masukkan daun kadok
6. Sesuaikan rasa..boleh dihidangkan..

Puan Sidah Omar
01117934898

Puding Roti Sos Kastard

Puding Roti SKBP bersama Sos Kastard

Bahan2 untuk Puding

5 keping roti putih
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sachet skbp

Bahan2 sos kastard

2 cawan susu full cream
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Cara-caranya

1) gris loyang dengan sedikit mentega
2) susun roti yang dicarik2 didalam loyang tadi
3)tuang susu cair dalam loyang,rendam roti selama 15min
4)masukkan gula,telur,esen vanila dan skbp kedalam blender. Blend sehingga kembang.
5)kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yg berisi roti tadi dan gaul rata.
6) bakar pada suhu 200°c dalam masa 30-40min. Boleh juga dikukus selama 1jam 30min atau sehingga masak.

Cara membuat sos
1) masukkan susu, gula, esen vanila dan tepung kastard ke dalam periuk
2) masak dengan api kecil, sentiasa kacau sehingga sedikit kental
3)tutup api dan sejukkan sos
4)puding roti siap dimasak, sejukkan sebentar dan boleh dihidangkan bersama sos kastard td.

Selamat mencuba😊

By
D'dapo Ummi Ema
0137771135

Monday, 22 December 2014

Resepi Cheesekut 4 bahan sahaja

Nak resepi 'CHEESE kut'?

Mudah sangat kak Long..4bahan jer..

250grm cream cheese*beli seketul kat kedai  dah sukat sesiap*
Susu cair 
Susu pekat
Biskut 4segi tanpa gula*biskut mayat senang  citer*
Nestum..

Mixer..ini kena ada kalau tak seksa tulang  4kerat nak pukul creamcheese sampai gebu weihh

Caranya:

Putar creamcheese sampai  nampak  gebu..masukkan ikut suka hati Susu pekat dan  putar lagi..*nak maneh bubuh secawan*

Patahkan 4 biskut tadi supaya mudah nak makan nanti.
Celup biskut mayat tadi dlm Susu cair*jangan  lembik sangat* susun dlm loyang..sebelum  itu   lapiskan bahagian bawah dengan adunan  yang dipukul tadi.

Susun biskut yang dicelup tadi atas lapisan  adunan. Sama juga step seterusnya..susun layer..akhiri langkah dengan lapisan atas tabur  nestum..

Masukkan dalam peti sejuk..pastu  dah  boleh  makan..

Daging SIMPLE Black pepper

Nak resepi beef steak ya..

Daging 500grm..
bakar heat 200 api atas bawah 10minit sahaja[medium well]

mudah sahaja bahan2nya..
tak perlu pakai tepung jagung utk pekatkan kuah..hanya guna susu cair setengah cawan..

bahan2 A
15biji lada hitam
3ulas bawang merah
1ulas bawang putih
halia seinci

Bahan B
kicap manis
sos cili
sos tiram
susu cair
butter/marjerin[nak sedap guna butter]
1Kiub ayam Knorr

Bahan C
setengah biji tomato
Daun bawang/sup

cara masak:
tumbuk bahan A.Jangan nak cepat jer guna blender..aip takmo2..bina muscle lengan anda dengan menumbuk yer..

Panaskan kuali dan masukkan butter..biar naik bau wangi.Tumis bahan A. Kacau hingga naik bau wangi bukan bau hangit yer..
then masukkan bahan B..Kacau biar sebati dan kelihatan pekat..masukkan susu pekat berperingkat supaya pekat kuah..tutup api then masukkan bahan C..

boleh makan dah..

Utk hiasan boleh buat baked potato/mashed  potato..makcik  tak suka sbb HEAVY PROTEIN..maka makcik lebih suka Tomato/kubis bunga/bronkoli/carrot..

Masa celur sayuran neh korang jangan lupa  letak garam dlm air tuh..

Petua nak daging lembut?
Korang sebelum bakar sila ambik anak lesung  tumbuk daging tersebut sampai urat  daging  tidak kelihatan..then bakar..

Nak daging sedap?
Daging batang pinang der..pastu  sblm bakar..peram dengan garam dulu dlm  20minit  baru daging merelai..

Saturday, 20 December 2014

kuetiaw goreng simple

Resepi kuetiaw goreng Hkcc 

Bahan  penumis:A
2ulas bawang merah [tumbuk]
1ulas bawang putih[tumbuk]
5tangkai cabai kering rendam sampai  kembang sblm menumbuk guna  lesung  batu/batu  giling 
Minyak masak secawan

Bahan B:
Hirisan ayam,udang, sotong,bebola ikan,telur

Bahan C:
Kuetiaw 
Taugeh 
Kucai 
Sawi 

Bahan D:
Kicap manis kipas udang
Kicap masin kipas udang 
Udang kering
Sos cili  kimball

Cara memasak:
Panaskan Minyak kemudian tumis bawang setelah naik bau wangi bukan bau hangit yer..
Masukkan cili kering tadi..setelah kelihatan pecah minyak bukan naik  minyak Masukkan Bahan B..

setelah 5minit Bahan B masak masukkan  bahan  C kecuali taugeh dan kucai.gaul  sebati  kemudian  masukkan  bahan  D..

setelah  5minit..tutup  api  masukkan  taugeh  dan kucai gaul sebati..

Tunggu  5minit  lagi..dah sejuk boleh ngap!

Tuesday, 2 December 2014

Resepi BERGEDIL

Resepi  Bergedil HKcc 

Bahan  A
biji Kentang
Keping isi dada ayam 
Daun bawang/sup
Bawang merah

Bahan B 
Kayu Manis 
Jintan Manis 
Lada hitam

Bahan  C
Garam 
Tepung gandum 
Telur
Minyak masak

Cara masak
Rebus ubi kentang sampai empuk kemudian  lenyek.[masukkan  garam  semasa  Merebus]
Tumbuk dada ayam mentah[JANGAN  REBUS]
Tumbuk bahan B dan bawang  merah sampai  lumat.
Potong daun bawang/sup[rincik halus]

Gaulkan sebati kesemua bahan tadi bersama  tepung gandum.[JANGAN banyak tepung nnt  keras..agak2 jer asal boleh membentuk]

Pecahkan telur sebagai element utk menyalut  selepas membentuk bulat.

Lepas tu panaskan minyak.Then goreng..agak2  masak angkat ler..