Monday, 2 February 2015

KEK KUKUS KOPISUSU

Kek KOPISUSU kukus

125g butter
100g gula halus
125 tepung gandum
3biji telur suhu bilik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh sodium bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanila
80ml susu segar suam
1sachet hkcc
1sachet skbp

Cara2
1) pukul butter dengan gula sampai kembang
2)masuk telur sebiji2 dan pukul lagi
3) masuk esen vanila dan pukul sebati
4)masukkan tepung gandum,sodium bikarb n serbuk penaik(ayak dahulu)
Kacau rata
5)campurkan hkcc+skbp dalam susu segar suam..kacau sebati dan masukkan dalam adunan. Kacau rata
6) masukkan kedalam loyang yg diletakkan baking paper/gris marjerin
7)kukus selama 1jam (panaskan pengukus dengan api sederhana dlu)
Kalau nak bakar pun boleh suhu 175°c dalam 45-55minit

By
Aziemah Aziz
0137771135

JOM KURUS!!

'Kena TURUNkan BERAT BADAN dulu baru  awak boleh HAMIL'

Ada doktor nasihat begitu tak?
Jika ada..

Kami bantu anda BERMULA IKHTIAR hanya  dengan Rm10!

Dapat aper rm10 tu?
Dapat..
■serbuk Ajaib 3x bancuhan yakni ramuan green tea, rose tea, indian mango, kiwi, black tea dan sebagainya.

Semua bahan diadun mengikut Formula "Weight Loss" & Keep Healthy

Ia dipilih dari sumber yang paling berkualiti supaya khasiatnya terjamin.

Hubungi Whatsapp/Telegram mereka utk bisik2 harga MURAH lagi..

Nak MURAH2 ajer?
Nak BORONG?
Nak jadi AGENT?
Nak jadi STOKIS?

019 6165258
016 8926583
019 4109659

EXTRA BONUS !!!
■Kopicino perempuan atau
Susu kambing BEE POLLEN pertama di  MALAYSIA..

Anda tak minum KOPI?
Anda juga tak minum SUSU?
Anda pun  tak minum  TEH?

Tak dapek den nolongnyer..
Andai anda TIADA ALAHAN bagi  perkara  di  atas maka bolehlah hubungi  no di gambar..

*JANGAN MINTA PM..sebarang  pertanyaan mengenai  product sila hubungi medium yang  disediakan.tq*

Kek Marble SKBP

Kek Marble SKBP :

Bahan A :
▪ 250 g butter
▪ 230 g gula castor
▪ 2 sudu kecil ovalette
▪ 1 sudu kecil esen vanilla
▪ 4 biji telur (gred A)

Bahan B :
▪ 50 g susu pekat
▪ 1/2 cawan @ 1 sachet SKBP

Bahan C :
▪ 250 g tepung gandum
▪ 1 sudu teh baking powder

Bahan D :
▪ Pewarna merah
▪ Pewarna hijau
#Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara :
1. Pukul butter,gula castor,ovalette dan esen vanilla terlebih dahulu sampai sebati. Kemudian masukkan telur dan pukul semula.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi. Kemudian pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan C  yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit ke dalam adunan
4. Pukul hingga nampak kembang dan gebu
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan titiskan pewarna merah dan pewarna hijau
6. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
7. Ambil satu senduk adunan berwarna merah dan letakkan di tengah-tengah loyang tadi
8. Ambil satu senduk adunan berwarna hijau pula dan tindihkan di atas adunan yang berwarna merah tadi di dalam loyang
9. Ulang langkah 7 & langkah 8 sehingga adunan habis
10. Ambil batang lidi sate dan lorekkan corak yang digemari
11. Tutup permukaan kek dengan kertas foil.Pastikan wap air tidak boleh masuk dalam adunan.
12. Kukus selama 50 minit dengan api sederhana (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu)

Pn Sidah Omar

Ikan Haruan gulai berempah Terengganu SKbp

Ikan haruan gulai berempah TRG + SKBP :

1 kg ikan haruan
2 sudu besar remph cap bunga Ros
2 sudu kecil rempah masak cap bunga Ros
2 schet SKBP ( jadikn 2 mug susu)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 senduk kecil cili boh
2 sudu besar kerisik
Rempah 4 sekawan (bunga lawan,bunga cengkih,kayu manis,buah pelaga)
1 keping asam kping
Seikat kecil daun kesom
Sehelai daun pandan,sedikit gula melaka, garam secukup rasa

Cara2 :
1. Siang dan bersihkan ikan haruan. Potong ikut suka.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk
3. Tumiskan rempah 4 sekawan
4. Masukkan bawang putih,bawang  merah,lengkuas,halia yg telah dikisar halus
5. Kacau sehingga naik bau
6. Masukkan cili boh dan kacau sehgga pcah minyak
7. Masukkan 2 jenis rempah yg dbncuh dgn sedikit air, brsama kerisik
7. Masukkan daun pandan yg dipotong 3, kacau rata2
8. Kalau trlalu kering, masukkan 1 cwn air
9. Masukkn pula ikan hruan, diikuti pula SKBP & gula melaka
10.Kacau perlahan2 & masukkan asam keping & daun kesom.
11. Suaikan rasa...blh diangkat

Pn Sidah Omar

Apam polkadot SKBP

Apam polkadot SKBP  :

Bahan-bahan :
● 3 biji telur (gred A)
● 220 g gula castor (anggaran 1 cawan)
● 1 sudu kecil esen vanilla
● 1 sudu kecil ovalette
● 250 g tepung gandum
● 3 sudu kecil baking powder
● 150 ml @ 1 sachet SKBP (anggaran 3/4 cawan)
● Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing (pewarna merah,pewarna
● Beberapa keping mangkuk kertas

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama diselang-selikan dengan SKBP.
3. Selepas itu,masukkan ovallete dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkus kertas.
7. Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota :
¤ Gunakan api yang sederhana sahaja ketika mengukus untuk mengelakkan apam jadi merekah atau mekar apabila api terlalu besar
¤ Antara rahsia apam pokaldot gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati.
¤ Digalakkan untuk balut tudung periuk dengan kertas foil atau kain bersih untuk mengelakkan wap air kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik

Pn Sidah Omar

KEK COKLAT KARAMEL SKBP

Kek coklat karamel  SKBP :

Bahan Karamel :
1. 2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang
2. Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur
3. Bahan A :
● 1 cawan @ 1 sachet SKBP
● 1 cawan susu pekat manis
● 1 sudu teh esen vanilla
● 3 biji kuning telur
● 2 biji telur (putih dan kuning)
4. Kacau perlahan bahan A dan pastikan jangan berbuih. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Kukus selama 15 minit.Jangan terlampau keras,nanti tak boleh sebati dengan kek coklat.

Bahan untuk kek coklat :
Bahan A :
● 1 cawan serbuk koko
● 1 cawan gula pasir + (1 cawan gula perang atau 1/2 cawan susu pekat)
● 1 cawan @ 1 sachet SKBP
● 1 cawan minyak masak

Bahan B :
● 1 1/2 cawan tepung gandum
● 1 sudu teh soda bikarbonat
● 1 sudu teh baking powder
● 1 sudu teh esen vanilla
● 3 biji telur (A)

Cara-cara :
1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Kemudian sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahan A tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.(seelok-eloknya tepung,soda bikarbonat & baking powder diayak bersama terlebih dahulu.) Kacau sebati selama 5 minit +++.
5. Masukkan adunan dalam loyang yang berisi karamel tadi dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Pastikan wap air tidak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana. (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

Puan Sidah Omar
01117934898

Ketam masak lemak cili api

Ketam masak lemak + SKBP :

1 kg ketam sederhana besar
5 ulas bwg merah
1 ulas bwh putih
Sedikit halia dan kunyit hidup
Beberapa biji cili padi dan lada merah
2 sachet SKBP (jdikan 2 mug susu)
1 asam keping
1 batang serai
Beberapa helai daun kadok
Garam dan gula mengikut kesesuaian rasa

Cara2 :
1. Panaskan susu d dlm periuk
2. Masukkan bwg merh,bwg putih,halia,kunyit hidup,cili padi dan lada merah yg diblender bersama ke dlm periuk
3. Masukkan serai,asam keping
4. Setelah menggelegak,masukkan ketam. Biarkan sehingga mendidih
5. Masukkan daun kadok
6. Sesuaikan rasa..boleh dihidangkan..

Puan Sidah Omar
01117934898