Thursday, 27 November 2014

Jangan kecewa tiada berAnak..Allah Sayang..

Sayidatina Aisyah binti Abu Bakar  ialah  peribadi  agung  yang  harum  mekar  namanya  sepanjang  zaman..

Tokoh ini dikagumi dan dihormati oleh manusia  samada lelaki mahupun wanita kerana peranan, jasa , ilmu serta keistimewaan yang  wujud di dalam dirinya.

Perlu  diingat..
Jasa dan sumbangannya dalam ilmu dan  dakwah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana  wanita dan para isteri Rasullulah  S. A.W yang  lain.

Sayidatina  Aishah  dikenali  sebagai  wanita  yang  mempunyai  keilmuan  yang  tinggi  dalam  bidang FIQAH, FARAID, TAFSIR dan  Hadis.

Keilmuan yang tinggi dijadikan sebagai  bekalan dakwah yang menjadi pedoman dan  panduan manusia.

Mengapa tidak kalian seorang isteri yang sedang diuji akan SOAL ZURIAT cacat takdir  ilahi belum diisi benih sang suami membina  semangat dan motivasi di dalam diri agar  mencontohi serikandi Islam yang tersohor ini?

Fikir  secara  rasional  dugaan  yang  ALLAH  berikan  kepada  serikandi  islam  ini  bukan  calang2..

Dirinya adalah anak DARA, MUDA juga  SENTIASA disamping Rasullulah S.A.W..tetapi tiada ZURIAT kurnia buatnya?

Wahai  isteri  solehah  yang  membaca  coretan  ini..jangan  pernah  berasa  RENDAH  DIRI..akan  dugaan  yang  Allah titipkan pada  kalian..kerna banyak KELEBIHAN yang boleh  akan kembangkan POTENSI NILAINYA di  mata  zauj  kalian..

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment