Thursday, 27 November 2014

Aku ingin menjadi satria Masa depan negara

'Aku ingin menjadi Satria masa depan negara..'

Aku masih ingat jeritan hambali semasa kami  sama2 bermain combat-combat..Hambali sentiasa melindungiku daripada terkena peluru berbiji hijau itu..

Aku sahajakah yang mampu melihat hambali?tatkala terkena tembakan kekadang  biji guli digunakan pasti mereka mengerang kesakitan dan menjerit..

Twittt..twittt...kami  ngaku kalah!Jangan tembak lagi!Sakit la b@@@h!

Tetapi aku?Berpura2 sakit sedangkan hambali kekadang ku lihat terbaring merintih  sakit..

Kami melihat ke udara apabila terdengar bunyi  pesawat tentera terbang rendah untuk  mendarat di landasan  berhadapan sekolah  mahkota sari,Gerik..

Terdapat landasan kapal terbang pendek utk  mendarat..

Tembak!!!

Laung rakan2 sepermainanku menghalakan senapang buatan tangan berpelurukan guli
ke udara seolah mampu menjatuhkan burung besi itu..

Tembak!!Jet Korea menceroboh ruang  angkasa kita!

■■■■■

Aku tidak dapat menerima setiap bait2  kata  Firdaus seolah menelanjangkan setiap helai  babak zaman kanak2ku..

Bagaimana kau ada dalam hidupku?Jelmaan  apakah yang kau cuba sampaikan?

'Mar,masih ingat kisah bagaimana hambali  menyampaikan berita tindakan Soviet  menembak  jatuh sebuah kapal terbang  penumpang Korea Selatan Boeing 747 bersama 269 orang  penumpang  pada 1 September 1983?KAL 007

Kata-kata  angkuh Ketua Turus Angkatan  Tentera Rusia,Marsyal Nikolai  Ogarkov  dengan nada angkuh berkata 'keputusan utk menembak jatuh jet Korea yang menceroboh  ruang angkasa Rusia bukanlah satu kesilapan'

Marsyal  itu  dengan  nada  keras  memberi  amaran  bahawa  'Mana-mana  kapal  terbang  pengintip  yang  menceroboh  ruang  angkasa  Soviet  pada  masa-masa  akan  datang  akan  dibinasakan!'

Apa kaitannya dengan aku?
Kisah 1983 aku masih setahun jika  dikira  umur..  

Wajahmu seiras adiknya yang terkorban diantara jumlah 78 penumpang dari Korea..bersama  ibu  dan  ayahnya..

Firdaus ku lihat bangun berlalu dari kerusi  ditepi katil terlantarnya aku..

Aku  cuba  menjerit memanggilnya..tetapi  terasa  sekatan  di  kerongkong..

Dayang dimana!!!

No comments:

Post a Comment