Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

2 saat dah CANTIK!PENIPU!!!

Minum harini esok KURUS!!
Sapu PAGI tadi PETANG dah Flawless!!

Macam makan Mee Segera..
2minit sedia boleh  Makan..KENYANG  pun  SEKEJAP jer..

Kami tiada JANJI  itu  ini..
Insyaallah jika ISTIQAMAH menjadi..

*sapa  ada  gambar  GEMUK  aku  DULU  boleh  SHARE  tak?sbb  aku  memang  PENYEGAN  TANGKAP GAMBAR  MASA 2008-2012..*

Aku Anak Ayah..

Ku warisi wajah lelaki ini..
Darah pejuangku dari urat nadi perwira sejati..
Semangat hidupku mengalir dari Roh seorang  ku panggil Ayah ini...
Dia pergi saat aku masih meraba mencari tujuan hidup atas muka bumi.. 

Al fatihah..

Gambar PERTAMA dunia pekerjaan

Andai Wajah ini 'makan gambar'..

Ini adalah wajah semasa tahun pertama di  dunia pekerjaan sebenar menjadi pembantu  kepada Puan Noraini Abdul Hamid insan yang memberi kepercayaan kepada wajah di dlm  gambar ini menjadi pembantunya..tatkala  rakan lain masih tercari2 pekerjaan yang  sesuai dengan kelayakkan..

Thanks Ma..segalanya bermula di kerusi hitam  itu membentuk dunia pekerjaan sebenar career  path Aida..   

Hkcc spread♡Together

Makcik Urut

'Rindu urutan Aida..'

'Salam,kaki aida kan?isteri saya nak akak urut..ckp ja berapa saya bayar.Merungut ja dia orang lain urut tak sedap..sakit  katanya..kekadang sampai lebam badan'

'Aida,akak nak mintak tolong urut anak akak  bersalin no 3..dia  taknak orang lain..nak aida  jugak..akak minta tolong sangat..'

'Kak,dah lama saya cari akak..anak ketiga dah ni..merata saya cari no phone akak..ni pun perasan fb akak.Akak dah cantik sekarang.akak ngurut lagi  tak..saya nak minta betulkan baby..'

■■■■
Allah..minggu ni sahaja ramai dapat mengesan kehilanganku agar kembali..

Dekat 3taun dah aku tinggalkan arena  ini..masih mereka mencari2..

Petanda apakah ini?

Aku Isteri Dia..

Hari ini..
8/12 aku di nikahi..
Jodoh ditetapkan RabbulIzzati..
Insyaallah..akanku terus  menjadi Isteri..
Selagi aku di  perlukan disisi..

Doaku tidak pernah terhenti..
Panjangkan jodoh ini. .
Hingga hujung dunia nanti..
Aku lemah hambaNya sentiasa diuji..

Aku seorang isteri..
Inginkan syurga restu suami..
Kurangnya aku cacat takdir ilahi..
Namun, aku tahu Janji Allah itu pasti!

Ku kapankan rinduku kelmarin..
Ku talkinkan amarahku semalam..
Ku untai kasihku  selamanya..

Regards,
Haida Kamaruzaman

Sunday, 30 November 2014

Baiknyer HATI..

A:
Org Xoffer aku la..
Nak bayo kan aku dulu jd ahlinye...
Rm1.9k..dpt untung esok..gnti duitnye balik..😍😍😍

B:
Puyoooooh!!Jangan bagi details ko.Kata kat dia nak pinjam nama dia,Then dapt untung nnt bagi jer ko..modal ambik ler kat die..Kan lagi mudah? Buat aper nak percaya orang bagi pinjamkan duitkan?

A:
Hehehe...tau xpe..punye semangatnyeee
Klu pakai nme die..xdpt la die untong pairing...
Tapak die dah penuh..kene gune name org..nak tolg aku katenye...laaahhaaii..nt bayo balik pon tebus token..bulih ke gitu hukumnye?
Betapa mereka menjebakkan aku dgn alasan gaji aku...
Tp klu aku amek pon aku xrugi..klu X tu bankrap..aku xkuar satu sen pong..kih3

B:
Derr..Orang takkan mintak sesuatu tanpa melibatkan DATA ko.Apa yang perlu ko bagi dia?

A:
Mcm biase la bos..Nama,ic no.akaun..alamat..bla3
Isi borangkan..nti nak masuk bonus..😆

Ringan je mulut aku td..ko bg aku la kak duit tu.,buat reload kopi..😆

Hat sorang nak tolong aku nih..dpt bonus 300 ribu lebih dah..tp xpnh bwk kuor,..
Katenye X ni pelaburan hartanah...aku pon mcm was2...sbb tanahnye,bangunan sume kt luor negara..

Yg sorang ni selalu dah bwk kuor bonusnye..3 penjuru bg aku td..😆

B:
Ko orang terpilih disayang2 orang tapi kenapa sekarang bila ko dah buat hkcc?

A:
Mmg cari org berniaga..tu target dorag..nk bantu org lain..

B:
Sudahlah..so?Takyah guna ayat nk tolong  ko..Ckp ler nak GUNA NETWORK ORANG  BERNIAGA nak pairing..

A:
Hehe..xtau la bos..mungkin kot.,yela..gaji aku dlm payslip rm1200 ja..mcm mana aku nak survivekan..ulang alik ofc ja dah rm700 sebulan..anak lg..bayo kete lg..
😆😆

B:
Aik!!Baru sekarang ker NMPAK PAYSLIP Ko? Bila ko dah Meniaga kopi? Selama ni tak kisah pun..Bukan baru semalam payslip ko mcmtu..Dah berkurun..

A:
Baru ni dorg mintak utk ABM 2015..pehtu X kan baru lg..tp agak susah nk menjebakkan aku..
Aku nk tgk dorg beli kete dgn umah dlu..

B:
Pelaburan camni kena JADI ORANG  AWAL.

A:
Anggaran belanjawan M tu ape tah.

B:
Mcm hkcc jugak.Ko tunggu..Lambat
Tengok ummi.

A:
Awat makcik tu?

B:
Ummi awal dah Jual HKCC
Tengok die sekarang

A:
Ooo..hehe..
Betuiii

Tuesday, 25 November 2014

Bini SHREK vs GADIS SOMEL

Anda GAGAH belek album makcik utk cari gambar baju hijau yang dikatakan di makan usia kelihatan 40an?

13tahun TUA dari USIA tu?

takyah susah2  godek2 album makcik scroll  satu2 sampai juling retina mata..

Ada kat sini gambar BINI SHREK aka FIONA tuh..
MAKBED: The Journal: Dari Bawah Pedang Ke Secangkir Kopi
http://makbedthejournal.blogspot.com/2014/09/dari-bawah-pedang-ke-sacangkir-kopi.html?m=1

Tuesday, 11 November 2014

Duit KWSP peninggalan buat pewaris

...aku call mak nak maklumkan bahawa semalam aku tak sempat masukkan sejumlah wang yang aku janjikan kerna urusan semalam agak banyak perlu di laksanakan sehingga terlupa. .

Alhamdulillah...petang tadi aku aku telah tunaikan janji..

Aku maklumkan kat mak supaya buat rumah secukup duit aku bagi dulu sbb aku belum tentu hidup sampai duit aku bagi setiap bulan cukup utk impian rumah mak. .

Mak aku tanya hang p mana?
Aku ckp mana tahu aku mati..
Tau mak aku ckp apa?

Aku tau duit KWSP hang banyak, buat penama. Mati ja hang akaun 1 buleh bawak keluar. Aku tau hang sayang laki hang tak kira. Kalu boh nama laki hang pun habaq kat along [laki aku la tu] amanahkan bagi aku buat rumah.

Hoh? Mana mak tahu KWSP aku banyak?
Alah. .penyata duk sampai umah aku, aku tahula. .*pastu mak aku gelak*
■■■
Maka aku tak perlu RISAU lagi utk aku tinggalkan dunia ini utk bahagian mak aku. .beliau sendiri sudah mengiranya. .

Aku cuma tagih doa kalian terutamanya daripada keluarga serta Zuriat yang hadir menjengah ke alam fana ini ikhtiar bersama product pasaran HKcc..
Doa agar lapang rumahku disana. .bercahaya. .terlepas azab kubur. .azab neraka kerna aku seorang PENDOSA. .
■■■■
Mungkin hijrah kali ini penuh makna
Kita sama2 berdoa hijrah kita diterima Maha Pencipta. .
Hkcc spread♡Together

Allah Tuhan Semesta Alam

Allah letihkan aku selepas jumaat...
Direhatkan aku beberapa jam nikmatnya tenang. .
Sebelum senja dibangkitkan aku. .
Inilah hadiah dilihat dari beranda rumah sepetang tadi. .
Namun ku mamai anggapan mimpi. .sehingga malam ini seorang sahabat mengirimkan gambar ini membangkitkan lena yang kuanggap mimpi. .

Subhanallah!

*Esoknya  TOK  GAJAH  MENANG  PIALA  MALAYSIA

Anak itu PINJAMAN Sementara..

SENTAPAN HATI!

Pagi ni tetiba terlintas satu SPONSORED story page kat newsfeed..terus makcik godek.terjumpa  komen  dibawah  ini😊

Anak hanyalah pnjaman sementara dari Allah. bukan hak mutlak kita.. Kalau dh ada anak tu xpyh la nk bertanya @ menyindir org yg belum ada anak... Walaupun kita dh ada anak 10 org sekali pun klu Allah nk amik sekelip mata jer....So xpyh nk rasa bangga klu cepat pregnant @ beranak ramai.Jagalah sikit hati kwn2 @ saudara mara yg blum ada rezeki anak.Bertanya boleh tp biarlah hanya sekali.Kalau berkali2 smpai stiap kali jumpa nk tanya dh ada isi ke belum tu dh dikira mnyakitkan hati org yg ditanya. .Sbb tulah sy xpenah nk bertanya kpd kwn2 @ sesiapa yg dh kwen psal dh ada ke belum. Biarlah mereka sndri yg bgtau dahulu... Saya doakan smua kwn2 sy yg tgh TTC akan mendapat rezeki baby xlama nnti Amin. :)
■■■

HKcc  spread♡Together

Siapa yang Tak Mahu Anak...

Sahabat saya ramai yang ckp..

'Aku tengok orang yang takdak anak ni  BANYAK DUIT.Anak takder tapi rezeki  berkepuk.'

Respon makcik:

tak semua dibagi kurnia merumahkan nyawa di dalam badan.~
Dia Maha Pemurah, Dia juga Maha Mengetahui.
Rezeki Allah di TANGAN ALLAH..
Luas NIKMATNYA..
Allah tak JANJI semua yang kawen  BERANAK..
Allah JANJI SYURGA NERAKA yang  PASTI  ADA..
Siapa taknak anak lepas  kahwen?
BERDUIT plak tu mcm korang ckp..

HKcc  spread♡Together

Tuesday, 12 August 2014

Ilmu Tingkap

[Ilmu Tingkap]

'Kak...ema ada blajar dlu..kedudukan laptop or pc begitu..bahaya utk mata kita..tp tgk jgk kita nyer sheer..if xda sheer.. n direct matahari..mmg bahaya
Membelakangkan tingkap pon sama Sebaiknya tingkap ditepi..

'Aku tutup langsir tu,ni time rehat.sengaja aku snap pic sebelah tirai tutup menggambarkan sekiranya langsir ditutup keadaan itu terhasil'

Yup..ada blind n sheer shud b no problem..kata Wajah HKcc Aziemah Aziz..

■■■■
Alhamdulillah kiranya menghasilkan ilmu disebalik kita post sesuatu..

Korang jangan ikut style merbahaya aku neh. .hehe..
■■■

Hkcc spread♡Together
Regards,
Haida Kamaruzaman

Di mana letaknya anugerah aqal?

Subhanallah! Allahuakbar!
Dari ruang jendela inilah aku akan melihat burung2 berkicau keluar mencari rantaian makanan utk di bawa pulang ke sarang...

Dari pemerhatian aku sejak jendela ini menjadi saksi pandanganku setiap pagi. Burung2 akan mula berkicauan sekuat hati jam 7pagi sambil mematuk laman hijau ini kemudian terbang entah kemana. ..terfikir olehku saban hari bila melihat adengan di padang hijau ini. .

'jika burung2 ini sibuk berkawan sambil berzikir pada pencipta tatkala meneruskan kehidupan. .kenapa manusia aqalnya anugerah memilih sengketa? '

Ini cuma bisik hatiku. .tidak ketahuan isi benakmu..mathurat jom!

Hkcc spread♡Together

Regards,
Haida Kamaruzaman

Monday, 11 August 2014

Ruang kecilku

'Jangan besar2,nnt sepah!'
Jerit hati pada diri.

Ini ruang kerja online saya.
Hanya cukup utk sebuah laptop menghadap matahari naik dan WAJIB bagiku di tepi tingkap supaya dapatku melihat indahnya alam dan jika dapatku rakam utk kalian bunyi kicauan burung keluar mencari makan. .kekadang jika rezeki burung cak rumah itu singgah bertenggek di birai tingkap:)

Pstt. .nampak matahari sedang memunculkan diri disebalik tirai itu?😊

Sobahannur. .

Hkcc spread♡Together
Regards,
Haida Kamaruzaman

Saturday, 9 August 2014

Apa makna hidup ini? ?

Apa sbb aku diberi nyawa?

Raya baru2 ni sewaktu bertemu keluarga di kampung kami bicara tentang sumbangan seumur hidup kami pada masyarat. .

'Apa sbb Allah masih bagi nyawa pada kita sedangkan dah banyak kali kita patut mati?'

Aku soal adik aku Ieman Zahra sambil aku memeluk anak menakan bauan syurga yang ku panggil Bunga.

Pakat2 terdiam..

Mak, pakcik,adik bongsu aku juga berada di ruang tamu kecil itu. .

Pandangan semua secara automatic terarah kepada tok aku yang sedang baring di tilam di pintu masuk rumah di tepi tingkap. .

Mengapa kami terpandang tubuh tua itu?
Jika dilihat rekod kesihatannya keluar masuk hospital. .sudah 3x sepanjang hidup dia hidup di temani pakcik aku yang masih 'bujang terlajak' dia disahkan oleh doktor bahawa 50-50 sahaja peluangnya. .tapi Izin Allah itu nyawanya masih panjang..

■■■■

Apa yang aku bangga dengan ikatan kekeluargaan kami samada sepupu, mak saudara,menantu,kakak, pakcik dan hierarchy seterusnya adalah bila bertemu kami tidak pernah mengata sesama sendiri tentang org yang tiada bersama tika itu. .jika ada yang mahu membuka mulut merungut. .pasti pakcik aku akan berkata. .
'Takyah kata org, perangei umo pong tak molek mana'..

Kitaran sembang kami saudara mara lazimnya tentang hidup, mengimbau saat dulu, dialog dari filem, bertanya susur galur keluarga, berlawak sesama sendiri. .jika nak mengata pun depan2 kritik walaupun dlm gurauan..berlawan ckp ketika itu kemudian habis di situ. .

Alhamdulillah masing2 boleh menerima kritikan. .belum sampai memutuskan persaudaraan apabila dikritik.:)

Aku seorang yang mendengar. .senyum dan memerhati. .ambil ikhtibar dari apa terjadi. .

Kenapa personalitiku begitu?
Aku tahu jika seseorang itu boleh mengata tentang org lain yang merupakan saudara seurat sedarah. .sedangkan aku org luar. .entah berapa cupak dan gantang tentang aku diperbualkan:)
■■■■

Owh. .kenapa aku diberi nyawa sedangkan sudah beberapa kali maut menjemput?

■■■■

'Sayangnya BERENTI kerja, RUGI belajar tinggi2'..

Allah!

Aku ingatkan setelah 4[empat] tahun berlalu aku TIDAK MAKAN GAJI BULANAN orang sudah lupa tentang aku. .rupanya aku silap:)

Raya ke7 aku beraya di rumah jiran keluargaku di Ipoh..itu kata2 setelah bersalam dan ditanya terus padaku..

'Buat apa sekarang?Kerja jual kopi tu je ker?

'Ha'ah Cik peah'(bukan nama sebenar)
Ringkas jawapanku mengikut skema soalan.

Terus jawapan di atas ku terima. Aku seperti biasa sengeh jer😊..
■■■■■
' Apa makna hidup ini..
Aku menerawang jauh menilai kembali makna hidup aku selama ini. .

Aku bukan pemikir orangnya. .hidup aku redah sahaja...asal masih dilandasan agama.

Di usia 29 tahun baru aku benar2 tahu mengapa nyawa aku di panjangkan Allah walaupun berkali maut menanti..

Dengan IzinNya diusia 29tahun itu beberapa kali aku membantu ibu yang berjihad melahirkan mujaheed/mujaheedah daripada seksa menanggung bentan berpantang.

Pernah aku mengongoi menangis tatkala pulang. .bila mana si ibu berulang kali mengucap terima kasih atas perkhidmatan..Allah nikmat apakah lagi yang kau hijabkan dari ku??

Ada yang gembira hamil setelah bertahun menanti zuriat bertahun lamanya setelah menerima urutan. .Aku hanya mampu berkata. .

'Allah punya kerja, bukan saya'

Kini,284 [dua ratus lapan puluh empat] insan diberi rezeki merasai nikmat sempurnanya wanita bergelar isteri bilamana tembuninya mekar benih suami asbab berikhtiar Dengan kehendakNya melalui medium perantara HKcc Team. .Allahuakbar! !

Aku terdetik. .adakah aku diberi nyawa selama ini utk aku menjadi perantara bagi nyawa yang lain? Mengimarahkan agamaMu Ya Allah?

Aku ketat dada. .Allah!

Monday, 21 July 2014

Hidup tak perlu SERABUT. .

Mengapa aku terlalu rileks?
Mengapa aku tidak menunjukkan stress atas sesuatu?
Layan jer. .?
Sahabat2 yang kenal aku akan kata aku takdak perasaan. .org katalah apapun...senyum ja. .kenapa?
Mereka kata lagi. .aku romantic tahap gaban..sayang laki mcm hape lagi. .makan selepas suami aku makan. .makan bekas suami...mak aku pun kata begitu..aku ada adik Najwa Kamaruzaman..aku jaga dia dari umur 2bulan. .aku sanggup buat apa saja utk dia. .umpama anak aku. Sekarang dia dah kawen. Tapi aku masih beli apa saja dia mahu selagi termampu. .nyaris 3bulan lepas aku nak belikan kereta viva buat dia. ..tapi suamiku menyedarkan aku. .

'Awakan dah berlaki. .biarla laki dia beli'

Owh. .betul jugak. .

Mak aku pernah sound tepek kat aku. .

'Sayang laki tu berpada2lah. .takkan makan pun tunggu sampai nak masuk dalam pinggan'*sedangkan jodoh itu pilihan mak. .hurmm*

Kenapa sikap aku begitu? Aku bukan baik sangat. .tapi jiran aku kata Haliza Jalil..

'Aku rasa org kalu tgk hang layan kurau menangis depa. .aku tengok pun jeles'

Hurmmm...

Sbb aku diberi peluang utk diberi peluang oleh DIA utk menikmati hidup ini. .
Konsep aku. .kenapa nak SERABUT?
Memang mcm takdak perasaan. .tp fikir2kanlah. .

Mesti ada sesuatu yang aku dah buat org sentap. .sbb tu mereka bertindak demikian. .takyah tuduh org sanasini tak suka kita sbb kita baik. .tapi sbb diri kita mengundang rasa itu:)

Fikir2kanlah. .

Hkcc spread♡Together
Regards,
Haida Kamaruzaman

Mati hidup semula

'Nsb umur msh pnjg...tatkala org lain d ulit mimpi..kita nyaris2 msk bwh perut Lori..Lori bkn sbrg Lori....Lori kontena Beb...' kata Ieman Zahra mangsa yang mungkin diambil nyawanya bersamaku jika tidak diberi peluang kedua utk hidup. .

Kejadian berlaku disubuh hening ketika kami pulang drpd bekerja habis shift malam Jam 5pagi di kilang MMc tasek, Ipoh.

Kekononnya, ingin mengelak drpd naik van 'Dada'yang kaki botol..kami sentiasa bersabung nyawa bila pergi kerja dan balik kerja kerana tiada kenderaan semata van kilang itu bersama rakan seperjuangan yang lain.

Kami mengambil keputusan menunggang honda cawan arwah ayah..*laju beb. .*

Setelah hampir nyawa diragut malaikat maut..maka mcm2 dlm fikiran terlintas. .
Arwah ayah dah tak bagi adik aku naik motor dgn aku dah. .*dia ni kuat mengadu*..sedangkan aku selamba layan cool...
■■■
Apa yang diceritakan sebenarnya?
Bukan semua diberi peluang kedua utk hidup. .maka setiap yang diberi peluang WAJIBlah menghargainya. .kisah diatas bukan peluang kedua aku. .tapi peluang keTIGA bermula dari dalam Perut mak aku lagi. .berbelit tali pusat..kurang oxsigen.. lahir songsang..tapi aku tetap DEGIL ingin melihat mehnah dunia fana ini!

Ada kisahnya. .

Wallahu'alam. .

Hkcc spread♡Together
Regards,
Haida Kamaruzaman

Wednesday, 9 July 2014

Anak Soleh/solehahkah kita?

3 [tiga] perkara yang dibawa bila alam fana ditinggalkan. .

■ Sedekah
■ Ilmu yang bermanfaat
■ Doa anak yang SOLEH/SOLEHAH. .

Lihat apa diletakkan UTAMA. .
Kemudian lihat diri kita...
Kita anak yang SOLEH/SOLEHAH?

Kita hanya berdoa dlm doa Qunut semasa solat subuh utk Ibubapa kita?
Kita mahu anak yang SOLEH/SOLEHAH DOAKAN kita. .tapi lihat cara kita melayan IBU BAPA kita. .berdoakah kita?

#Aku kata diri aku sendiri. .saja shared kot korang pun nak SEDAR DIRI. .SENTAP sekali!

#setiap hari pukul 4pagi waktu sahur aku call mak utk bangun bersahur. .selagi mak tak angkat selagi itu aku redial!

Aku tak pernah rapat dgn mak..Mak aku garang tahap gaban..tapi aku bila rindu arwah ayah. .aku seolah nampak arwah meminta aku menjaga mak:(

Alfatihah. .buat Arwah Kamaruzaman bin Mahmud. .

Hkcc spread♡Together

Sunday, 6 July 2014

2011 gemuk gedempol

Ini aku 3tahun yang lalu. .2011. .
Ehsan gambar drpd Aziemah Aziz..
*gambaq SUSUT aku banyak dah. .saja buh gambaq tembun aku. .masa ni 75kg! *

Ini saat pertama kali aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tentera. .menghadiri aktiviti BAKAT. .

Banyak tanggapan -ve diberi tentang persatuan ini. .tapi aku tak ambil pusing. .aku selesa berada di mana2. .selagi tidak melanggar batasan agama. .aku rileks jer. ..

Alhamdulillah. .di sini aku bertemu seseorang. .pertemuan dengan beliau yang mengubah banyak rutin hidup aku. .sangat baik orgnya. .sehingga kini aku sangat berterima kasih kepadanya. Sangat merendah diri orgnya..siapa orgnya? Biarlah rahsia. .

Mereka berdua di dlm gambar adalah yang sama2 menghadiri aktiviti tersebut..

Kini, salah seorang mereka iaitu puan aziemah bersama2 menyebarkan manfaat KOPICINO. .

Aku dulu makcik urut..kini jua. .dan insyaallah berkhidmat pada mereka yang tertentu yang memerlukan. .kekangan masa menjadikan aku tidak betah meneruskan khidmat secara tetap. .

Sungguh! Aku rindu saat bermain dgn adunan minyak angin..

#comelkan aku 2011 dulu. .mihmih. .

Perubahan setelah 2tahun.

Gara2 puan Salwana Abdul Razak campak belakang. .

Baru perasan duk tonyoh muka dgn sabun susu kambing+beras dagu buleh kecut. .pipi kembong susut. .

Minum Kopicino nih jugak buat kulit aku better than before...

Tak ler nak kata cantik. .sbb aku comel jerk. *jangan muntah hijo. .batal pose kang. .hide jer newsfeed makcik. .takpun unfriend jerk;)

Hkcc spread♡Together