Showing posts with label Tinta Menari. Show all posts
Showing posts with label Tinta Menari. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Taubat

Indahnya Jumaat..
Kicau burung pemecah sunyi
Zikirnya makluk mengiring taubat
Kerdilnya hamba memeluk diri..
Terfikir..matiku bagaimana nanti?

Jangan bicara tanpa diatur,
Jangan mencoret tanpa berfikir,
Jangan anggap lancang bertutur,
Megahnya diri mencebiknya bibir

Hkcc spread♡Together
Regards,
Haida Kamaruzaman

Monday, 21 July 2014

Kerna kau Isteri

Jangan pernahAngkuh..
Bekerjayanya wahai si isteri..
Atas Redho suami..
Betahnya dikau meninggi diri?

Jangan pernah Angkuh..
Setiap yang kau ada tanpa IzinNya..
Riak semata..Rezeki bukan Wang sahaja..
Tapi bahagia bersama yang tercinta..

Jangan pernah luncur berkata..
Jangan pernah Angkuh mendabik Dada..
Jaga lisan..bedunglah jari..
kerna wanita..dosanya Emosi..

Wallahu'alam..
Hkcc..
Haida Kamaruzaman
Haida Kamaruzaman Collag

Wednesday, 9 July 2014

Doa QUNUT NAZILAH

Mercun di Malaysia. .
Meriam di Gaza..
Berpuasa kita. .
Bersahurkah di sana?
Berbuka pula bagaimana?

Allah!

Sunday, 6 July 2014

Gelandangan BUKAN PENGEMIS!

Gelandangan jangan diberi makan?
Allah!
Kufur nikmat apakah yang begitu prejudice?
Gelandangan bukan pengemis. .

Ini pengalaman aku. .
tahukah anda ada diantara gelandangan tersebut adalah penjawat awam bertaraf contract?
Smart bertali leher. .berbaju kemeja. .bila ku tanya. .jawapanya. .gaji saya 700 ratus sahaja. .anak bini dikampung. .sewa bilik di kl rm400 dik..

Tahun 2007 kisah ini. .

Jika ku maklumkan ia menjadi riak. .tapi anda perlu tahu perkara ini. .

Ada sumbangan HKcc Team utk KEPERLUAN gelandangan tersebut..Nilai wang kalian yang kami KEDEKUT sangat utk memberi DISKAUN walaupun sekupang..kerna itu bukan hak kami!
Salurannya hanya Allah yang Tahu!

Seharian aku baca tentang statement penghapusan gelandangan..jangan beri mereka makan..Allah!
Mereka bukan pengemis!

Saturday, 14 June 2014

Ko bile lagi. .biler nak MATI?!

Suka2 tanya soklankan. .bersediakah anda jika org pula tanya soklan pada anda?

Friday, 13 June 2014

Allah tidak pernah MENIPU! !

..Jangan pernah BERSANGKA dengan takdir ALLAH. .kerna Allah tidak pernah menipu!!

Thursday, 12 June 2014

Siapa kita?

Mutiara kata HKcc..

'Sekali kita SABAR..Allah balas dengan Seribu kebaikkan... .percayalah. .'

HKcc spread♡Together

Saturday, 7 June 2014

Tak baik tau Benci2 org neh;)

"Orang yang membenci kita adalah orang yang mengagumi kita dengan cara yang tidak tepat". Kebencian itu dapat terjadi karena "Perasaan iri hati.

Iri hati melahirkan kebencian dan kebencian akan membunuh kita perlahan-lahan".

Maka tetaplah jadi pribadi yang punya karakter baik, santun, do'akan orang yang membenci kita dengan kebaikan, agar mereka mengagumi kita dengan cara yang tepat ~ Dr Ary Ginanjar

Friday, 6 June 2014

Dia Syurgaku. .

Isteri..
Ia adalah satu rahmat
menyulam kasih bersama insan bernama Suami..
Isteri..
mendambakan seorang pekerja buruh membaiki organ bernama rusuk..
Rusuk bengkok,patah beliau simen sekaligus plasterkan..

Isteri..
Jaga maruah diri..
Payungi dan jaga harta suami..
Isteri adalah harta utama suami
Payungi dan lindungi semampunya..

Isteri..
Sentiasa disisi suami..
Biarpun khilafnya si suami..
Isteri cerminan pantulan..

Isteri..
Redho hidup si isteri atas redhonya sang suami..
Pintalan rindu hanya buat suami..
Anyaman cinta hanya buat suami..

Buat suami..ini nota buatmu..

Selepas Allah dan Rasul..ku pilihmu utk di taati..
Ku anyam rindu semalam buatmu..
Ku kapankan amarahku kelmarin..
Ku talkinkan lemah mu hari ini..
Ku dambakan ruang cintamu hari esok..
Ku ukirkan kata cintaku selamanya..

-dari seorang sahabat buat sahabat-hkcc..

*Dedikasi buat seorang sahabat bergelar ISTERI punya mujahid dan mujahidah yang perlu di lindungi sementara sang suami berkhidmat jauh dari cc mereka..terlalu banyak yang perlu di uruskannya sehingga beliau merasakan dirinya tidak mampu membahagiakan sang suami..namun atas semangat dan rasa "DIA SUAMI"ku..beliau bangkit dari rasa tidak enak itu..Alhamdulillah..kini mereka bahagia:)

NERAKA Lidah

Lisan..
Ia sangat tajam..malah mampu menikam..
Jika tidak..mana mungkin pedang tewas di dalam penjodoh bilangan..

Jagalah qul tatkala lontaran kalimah di jalini..
Jagalah Lidah kalian..
Jagalah jari kalian yang tiada bedungan..

Berbicaralah lisan pada yang manfaat..
Lembutkan lisan di kala bicara..
Dengan lisan..Ukwah mampu di PUTUSKAN..
bukan sahaja RENGANG!

Ingat..bahayanya pancaidera rasa yang basah merafakkan..kalimah Allah..
Jangan sampai kata2 memakan tuan..

Santuni kata-kata di dalam bicara..

hambamu-hkcc

Keramat Kata AYAH

Dulu..
Kata Ayah..
Jangan Mudah putus Asa..
Jangan Peduli apa orang kata..
Ada orang nak tolong kau bila susah?
Orang tepuk tangan lagi ada..
Dulu..
Kata Ayah..
Jangan takut orang kata..
Kalu takut g duk hutan..
Takda sapa nak kata..Tarzan pun belum jumpa aku..
Erkk??
Dulu..
Kata Ayah..
Hidup jangan mendongak ke langit..
Hidup kena tengok semut..
Lagi banyak semut..lagi banyak gula..
Hurmm..*dalam maknanya..
Dulu..
Kata Ayah..
Jangan banyak cakap..
Jangan banyak komplen..
Tapi banyak mendengar..
Senyum kena sentiasa..
Kalu susah sangat..
Redah aja..

Kini..
Tiada lagi kata Ayah..
Cuma Semangat Ayah..
Al-fatihah..buat Ayah..

*Aku rindu Ayah!!Buat pembaca..ku pohon sama2 sedekahkah Al-fatihah buat Allahyarham Kamaruzaman bin Mahmud..semoga ayah tenang disana disamping mereka yang beriman..Amin2 Ya Rabb..Terima kasih kerana kata2 dan Military Training*itu kata arwah bila aku tanya Y buat aku mcmtu mcamni..*katanya..supaya ingat hidup ni BUKAN SENANG nak Senang..bukan Susah nak Susah..yang penting..RESPECT!

Langau Kehidupan

Dekati mereka..
Jauhi mereka..
Siapa??
Mereka yang suka memandang enteng usaha seseorang..

Dekati mereka..
Jauhi mereka..
Mengapa??
Kerana banyak cabarannya..

Dekati mereka..
Jauhi mereka..
Dimana??
Di semua kariah bernama kehidupan..

Dekati mereka..
Jauhi mereka..
Bagaimana??
Dengan D.U.I.T..InsyaAllah semuanya pasti jaya!

Dekati mereka..
Jauhi mereka..
Siapa??
Mengapa??
Dimana??
Bagaimana??
Tiada jawapan setelusnya..hanya diri kita..

Lihatlah dunia ini sebagai tempat menyantuni sesama insan..
Wallahu"alam..

-hambamu-hkcc

Apakah makna hidup ini?

Apakah makna hidup ini?
Mundar mandir ke sana sini
Bangun bekerja
Cikgu mengajar
Doctor merawat
Askar berkawad
Balik tidur
Bangun bila subuh
setiap hari perkara yang sama
Sudahnya begitu lama
Tanpa perubahan

Apakah makna hidup ini?
Mundar mandir ke sana sini
Keseronokkan
Kerajinan
Apakah maksudnya?
Adakah wang itu difikirkan?
Mengejar Kebendaan
dalam kegilaan
Fikirkanlah
Apakah maksud hidup ini!