Senja..
Perubahan cakerawala berganti bulan setelah tenggelamnya matahari..
Saat ini selalunya baru ku pulang dari sekolah tiba dirumah..
Berkayuh basikal menaiki jambatan sungai kenderong..berseorangan mengambil jalan pintas melalui hutan.Terdapat laluan kecil muat utk pejalan kaki meredah hutan itu..
Dayang atau Hambali akan bertemuku di kepala jambatan seberang sungai utk teman aku meredah hutan.
Dalam seminggu pasti 2x aku akan melihat hidangan makanan di bawah pokok manggis tapi 'dayang' selalu menjadi penghalang utk aku menghampiri telor ayam hitam pulut kuning.Katanya jangan itu makanan utk hidangan setan. Jika nanti ambil kita tak boleh tidur malam.
■■
Esok kami pegi sungei kita main baling batu terbang tengok sapa baling paling banyak na' aku atur tentative utk Esok pagi.
'Esok hujan,mu jangan turun sungei kepala air deras..' balas hambali..
Aku pandang ke atas langit..elok jer cuaca..
Elok aku ingin bersuara selepas parkir basikal bawah rumah pokcik ..dua beradik itu telah hilang..cepat benar langkah mereka ini..
'Mu sembang ngan sapa tu ema!jerkah cik besah..
No comments:
Post a Comment