Tuesday, 17 June 2014

Anak Amanah Allah. .

'Cantik clutch beg ni..
'Pujiku tentang barang yang dipegang lelaki separuh umur disebelahku sedang mencuba suaikan pegangan clutch beg di CM petang tadi semasa keluar bersama keluarga. .

Usai ku pilih wallet buat suamiku sebelum ku hilangkan diri ke kaunter bayaran..lelaki itu berkata. .

'Owh...harini father's Day..saja anak pakcik bagi duit utk pakcik beli benda ni lama dah berkenan. .'riak teruja diwajahnya. .
■■

Ayah!
Aku sebak tiba2. .tapi kutahan emosi. .
Hanya DOA buatmu kini. .

Andai dirimu masih ada diatas bumi bersama mak. .engkaulah org pertama aku bahagiakan selepas suamiku..
Pinta apa saja akan segera aku adakan. .
Terlalu banyak pengorbanan ayah..

Kata Mak. .arwah ayah teringin nak makan spaghetti. .tapi sampai mati tak jamahnya. .

Aku anak AYAH!

#saat tulisan ini dicoret aku mengongoi sendiri. .Ya Allah ketatnya dada ini..

Alfatihah. .buat Kamaruzaman bin Mahmud. .

Ayah pergi disaat aku sedang mencari erti hidup. .belum sempat ku buktikan padanya. .aku mampu membanggakan ayah!

Ayah nak kereta honda. .tapi yang ada hanya honda cawan belin dari tokwan..honda ex5 yang dibeli semasa aku kerja kilang dengan arwah. .

Dengan honda cawan itulah arwah menjaja kueh jualan sehingga malam baru pulang..

Allah! Aku tak mampu teruskan..jika diteruskan pasti menggangu tidur teman sekatilku

No comments:

Post a Comment